Pengenalan
Profail Ringkas Koperasi
Ditubuhkan di Johor pada 11 Sept 1953 dengan nama Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Johor Bahru Dengan Tanggongan Berhad. Pada 11 Feb 1980, nama koperasi telah dipinda kepada KOPERASI GURU-GURU JOHOR BERHAD (KGJB). Merupakan sebuah Koperasi Kredit yang patuh syariah. Ringkasan adalah seperti berikut:
- No Pendaftaran: 1983/195362400015
- JuruAudit Luar: MNZWAJA PLT
- Panel Peguam: Norizan Tarmeze & Associates
- Bank 1: Bank kerjasama Rakyat Malaysia
- Bank 2: Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank 3: Co-op Bank Pertama Malaysia Berhad
- Bank 4: Bank Simpanan Nasional Berhad
Aset-aset koperasi adalah seperti berikut:
- 2 buah bangunan rumah kedai 2 tingkat
- 1 buah bangunan rumah kediaman
- 1 tanah lot kediaman banglo
- Simpanan Tetap: RM 6,800,311.48
- Saham Aktif: RM 350,000.00
Sejarah
Sejarah Ringkas Koperasi
Koperasi Guru-Guru Johor Berhad (KGJB) telah ditubuhkan pada 11 September 1953 dengan nama Sharikat Kerjasama Jimat Chermat dan Pinjaman Wang Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Johor Baharu Dengan Tanggongan Berhad. Bilangan keanggotaan adalah seramai 968 orang. Selaras dengan perkembangan masa, KGJB perlu memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan bagi memenuhi matlamat penubuhan koperasi ini. KGJB merupakan koperasi kredit yang Patuh Syariah. Kini, KGJB mengorak langkah bagi mempertingkatkan pengurusan ke arah koperasi yang cekap, berdaya saing dan maju.
No. pendaftaran KGJB ialah 1983/11.9.1953. Selain itu, antara aset koperasi ialah 2 buah bangunan rumah kedai 2 tingkat, 1 buah rumah kediaman dan 1 tanah lot kediaman banglo. Mengikut data analisis, simpanan tetap sebanyak RM6,800,311.48 manakala saham aktif sebanyak RM350,000.00
Koperasi Guru-Guru Johor Berhad akan terus mengatur strategi dari masa ke masa bagi memastikan kelestariannya mengikut peredaran zaman.
Visi, Misi & Objektif
Visi, Misi & Objektif
Kata Aluan
Kata Aluan Pengerusi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Guru-Guru Johor Berhad bagi tahun ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua anggota koperasi yang sentiasa memberikan sokongan, komitmen serta kepercayaan kepada pihak pengurusan dan Ahli Lembaga Koperasi dalam meneruskan agenda pembangunan koperasi demi manfaat bersama.
Sepanjang tahun 2025, kita telah berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi yang mencabar. Namun demikian, berkat semangat kesepaduan, kerjasama serta sokongan padu daripada seluruh anggota, koperasi berjaya mengekalkan prestasi yang kukuh dan terus berada pada landasan yang positif. Sesungguhnya, koperasi ini bukan sekadar sebuah organisasi, malah merupakan sebuah institusi ekonomi bersama yang menjadi pemangkin kesejahteraan dan kebajikan anggota. Semoga setiap perkara yang diberikan dapat memberikan manfaat dan menjadi penghargaan kepada seluruh anggota yang terus setia bersama koperasi.
Selaras dengan strategi untuk memperkukuhkan kecekapan pengurusan, koperasi telah melaksanakan transformasi digital melalui laman sesawang rasmi sebagai saluran utama perkhidmatan kepada anggota. Anggota kini sudah boleh mengakses penyata, membuat pengesahan dan pelbagai permohonan melalui portal anggota (SKOOP KGJB) yang disediakan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen koperasi untuk terus kekal moden, efisien dan mesra anggota.
Dalam usaha mempertingkatkan lagi kemudahan kepada anggota, koperasi juga sedang dalam rangka kerja menyiapkan sistem kalkulator pengiraan kasar kelayakan pembiayaan yang akan ditempatkan di dalam portal tersebut bagi menggalakkan anggota membuat pembiayaan melalui koperasi berbanding institusi perbankan luar kerana kemudahan yang disediakan bukan sahaja lebih mesra anggota, malah turut menyumbang kepada pengukuhan ekonomi koperasi demi manfaat bersama seluruh anggota.
Bagi memastikan koperasi terus berkembang dan terbuka kepada lebih ramai penyertaan, pihak koperasi turut merancang untuk melaksanakan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK), khususnya berkaitan syarat keanggotaan, agar lebih ramai individu dapat menyertai koperasi dan berkongsi manfaat yang disediakan.
Persidangan ini bukan sahaja menjadi platform untuk membentangkan laporan dan pencapaian koperasi, malah turut menjadi medan perbincangan serta percambahan idea bagi memperkasakan lagi peranan koperasi pada masa hadapan. Saya berharap agar semua anggota dapat terus memberikan pandangan yang membina serta sokongan padu demi kemajuan dan kelangsungan Koperasi ini. Semoga Koperasi Guru-Guru Johor Berhad akan terus maju dan cemerlang dalam usaha memberi manfaat berterusan kepada seluruh anggotanya.

Anggota Lembaga
Anggota Lembaga Koperasi 2026
Jawatankuasa Audit Dalaman
Jawatankuasa Audit Dalaman

Puan Hajah Marhamah bt Haji Jais
Pengerusi

Cik Hajah Amimah bt Mohamad
Setiausaha

Tuan Haji Ya'cob b Ahmad
Ahli Jawatankuasa
Pengurusan
Kakitangan Koperasi

Puan Maisarah binti Rosly
Pengurus Koperasi

Puan Yuzeliana binti Yusof
Pengurus Kewangan 1

Puan Suziyani binti Subani
Pengurus Kewangan 2

Puan Zainab binti Ismail
Pengurus Am & Keanggotaan
Produk Pembiayaan
Produk Pembiayaan
Kelebihan Pembiayaan
Kelebihan Pembiayaan
Kalkulator Pembiayaan
Kalkulator Pembiayaan
Kalkulator Pembiayaan
Hadiah Pelajaran
Hadiah Pelajaran
Khairat Kematian
Khairat Kematian
Hadiah Haji
Hadiah Haji
SOP Keanggotaan KGGJB
SOP Keanggotaan KGGJB
Kelebihan Keanggotaan KGGJB
Kelebihan Keanggotaan KGGJB
Kekal Keanggotaan KGGJB
Kekal Keanggotaan KGGJB
Carta Alir Pendaftaran Mesyuarat Agung
Carta Alir Pendaftaran Mesyuarat Agung
Notis Mesyuarat Agung
Notis Mesyuarat Agung
Kadar Elaun Mesyuarat Agung
Kadar Elaun Mesyuarat Agung
Buku Mesyuarat Agung
Senarai Buku Mesyuarat Agung
Pengesahan Penyata Tahunan Anggota
Pengesahan Penyata Tahunan Anggota
Kerjaya
Latihan Perindustrian