Pengenalan
Profail Ringkas Koperasi
Ditubuhkan di Johor pada 11 Sept 1953 dengan nama Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Wang Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Johor Bahru Dengan Tanggongan Berhad. Pada 11 Feb 1980, nama koperasi telah dipinda kepada KOPERASI GURU-GURU JOHOR BERHAD (KGJB). Merupakan sebuah Koperasi Kredit yang patuh syariah. Ringkasan adalah seperti berikut:
- No Pendaftaran: 1983/195362400015
- JuruAudit Luar: MNZWAJA PLT
- Panel Peguam: Norizan Tarmeze & Associates
- Bank 1: Bank kerjasama Rakyat Malaysia
- Bank 2: Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank 3: Co-op Bank Pertama Malaysia Berhad
- Bank 4: Bank Simpanan Nasional Berhad
Aset-aset koperasi adalah seperti berikut:
- 2 buah bangunan rumah kedai 2 tingkat
- 1 buah bangunan rumah kediaman
- 1 tanah lot kediaman banglo
- Simpanan Tetap: RM 6,800,311.48
- Saham Aktif: RM 350,000.00
Sejarah
Sejarah Ringkas Koperasi
Koperasi Guru-Guru Johor Berhad (KGJB) telah ditubuhkan pada 11 September 1953 dengan nama Sharikat Kerjasama Jimat Chermat dan Pinjaman Wang Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Daerah Johor Baharu Dengan Tanggongan Berhad. Bilangan keanggotaan adalah seramai 968 orang. Selaras dengan perkembangan masa, KGJB perlu memastikan perkhidmatan yang terbaik diberikan bagi memenuhi matlamat penubuhan koperasi ini. KGJB merupakan koperasi kredit yang Patuh Syariah. Kini, KGJB mengorak langkah bagi mempertingkatkan pengurusan ke arah koperasi yang cekap, berdaya saing dan maju.
No. pendaftaran KGJB ialah 1983/11.9.1953. Selain itu, antara aset koperasi ialah 2 buah bangunan rumah kedai 2 tingkat, 1 buah rumah kediaman dan 1 tanah lot kediaman banglo. Mengikut data analisis, simpanan tetap sebanyak RM6,800,311.48 manakala saham aktif sebanyak RM350,000.00
Koperasi Guru-Guru Johor Berhad akan terus mengatur strategi dari masa ke masa bagi memastikan kelestariannya mengikut peredaran zaman.
Visi, Misi & Objektif
Visi, Misi & Objektif
Kata Aluan
Kata Aluan Pengerusi
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia daripada Allah SWT, kita sekali lagi berpeluang berhimpun bersama-sama meraikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Guru-Guru Johor Berhad Kali Ke-57 pada tahun ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua anggota yang hadir, atas sokongan yang tidak pernah putus dan komitmen berterusan terhadap Kepimpinan Barisan Tertinggi Koperasi dalam memajukan koperasi ini. Sesungguhnya, persidangan ini bukan sekadar satu keperluan tahunan, malah merupakan wadah penting untuk kita bersama-sama menilai pencapaian terdahulu, membincangkan hala tuju masa hadapan, dan memperkukuhkan lagi semangat kerjasama dalam kalangan ahli demi mempertingkatkan ekonomi kita bersama.
Dengan jumlah terkini ahli seramai 975 orang, kita amat berharap koperasi dapat terus berkembang seiring dengan matlamatnya untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada semua. Memandangkan koperasi KGGJB berasaskan kendiri, saya memohon jasa baik semua ahli koperasi untuk berganding bahu bersama-sama mengajak lebih ramai kenalan di tempat kerja untuk menjadi ahli Koperasi. Setiap usaha yang kita lakukan, walaupun kecil, memberi impak yang besar terhadap pembangunan koperasi ini. Semoga dengan kerjasama dan sokongan padu daripada tuan/puan, koperasi ini akan terus maju dan kekal relevan.
Selain itu, kita juga telah mula mewujudkan sebuah ruang sesawang yang inovatif, bertujuan untuk memudahkan setiap ahli membuat semakan dan pemantauan kewangan mereka secara lebih transparen dan efisien. Dengan adanya platform digital ini, setiap ahli kini dapat mengakses maklumat kewangan mereka dengan lebih mudah dan pantas, sekaligus meningkatkan ketelusan dan memperkukuhkan kepercayaan dalam pengurusan koperasi. Inilah salah satu langkah penting dalam usaha kita untuk terus memastikan koperasi ini kekal relevan dan memberikan manfaat terbaik kepada semua ahli.
Kami barisan kepimpinan koperasi, juga memohon kepada ahli-ahli yang telah bersara agar terus kekal aktif memberi sokongan kepada rakan-rakan yang masih membuat simpanan dalam koperasi ini. Walaupun telah melangkah ke fasa baru dalam kehidupan, pengalaman dan sokongan anda sangat bermakna dan berharga bagi kami. Kehadiran dan sumbangan anda tetap memainkan peranan penting dalam memastikan koperasi ini terus maju dan memberi manfaat kepada semua ahli, kini dan di masa hadapan. Dengan semangat kebersamaan yang terus diperkukuhkan, kita dapat membina sebuah koperasi yang lebih kukuh dan berjaya.
Akhir kata, saya dan barisan kepimpinan amat berharap agar kerjasama serta sokongan padu daripada semua ahli dapat diteruskan demi kelangsungan dan kemajuan Koperasi Guru-Guru Johor Berhad. Marilah kita bersama-sama menyumbang idea, tenaga dan komitmen demi memastikan koperasi ini terus relevan, mampan dan memberi manfaat yang menyeluruh kepada semua ahli. Semoga mesyuarat pada hari ini berjalan lancar, penuh harmoni dan mencapai kata sepakat demi kepentingan bersama. Selamat bersidang!.

Anggota Lembaga
Anggota Lembaga Koperasi 2026
Jawatankuasa Audit Dalaman
Jawatankuasa Audit Dalaman

Puan Hajah Marhamah bt Haji Jais
Pengerusi

Cik Hajah Amimah bt Mohamad
Setiausaha

Tuan Haji Ya'cob b Ahmad
Ahli Jawatankuasa
Pengurusan
Kakitangan Koperasi

Puan Maisarah binti Rosly
Pengurus Koperasi

Puan Yuzeliana binti Yusof
Pengurus Kewangan 1

Puan Suziyani binti Subani
Pengurus Kewangan 2

Puan Zainab binti Ismail
Pengurus Am & Keanggotaan
Produk Pembiayaan
Produk Pembiayaan
Kelebihan Pembiayaan
Kelebihan Pembiayaan
Kalkulator Pembiayaan
Kalkulator Pembiayaan
Kalkulator Pembiayaan
Hadiah Pelajaran
Hadiah Pelajaran
Khairat Kematian
Khairat Kematian
Hadiah Haji
Hadiah Haji
SOP Keanggotaan KGGJB
SOP Keanggotaan KGGJB
Kelebihan Keanggotaan KGGJB
Kelebihan Keanggotaan KGGJB
Kekal Keanggotaan KGGJB
Kekal Keanggotaan KGGJB
Carta Alir Pendaftaran Mesyuarat Agung
Carta Alir Pendaftaran Mesyuarat Agung
Notis Mesyuarat Agung
Notis Mesyuarat Agung
Kadar Elaun Mesyuarat Agung
Kadar Elaun Mesyuarat Agung
Pengesahan Penyata Tahunan Anggota
Pengesahan Penyata Tahunan Anggota
Kerjaya
Latihan Perindustrian